SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB PENAWAR-PENAWAR MUJARAB IMPRO HERBS, HALAL LAGI SUCI ,KILANG & PEKERJA MUSLIM 100 %..INSYAALLAH MUJARAB !!

 

  PENAWAR-PENAWAR IMPROHERBS

 

 

 

 

      

 Utama

Cara Bayaran

Pengilangan IMP

Lagi Produk IMP

 Testimonial Pengguna

Hantar Testimoni

Produk Garam

 

 

 

 

 

  

 

    

   

      Untuk makluman pengguna,  di sini saya jelaskan cara  sesebuah

 kilang yang mengamalkan   pengilangan IMP dalam pembuatan

 produk yang mana ia berbeza dengan pengilangan  yang tidak

 mengamalkan IMP. IMP mengamalkan pemprosesan yang cukup

 halus dan menepati hukum ALLAH.

    Tetapi ini bukan bermakna, produk lain tidak boleh digunakan, ia

 boleh digunakan jika halalnya jelas dan terbukti diproses oleh orang

 Islam.

    Pengguna boleh membuat pilihan samada untuk menggunakan

 produk IMP  atau pun sebaliknya. Pengguna mestilah mengetahui

 dengan jelas halalnya sesuatu produk  yang hendak dimakan

 ataupun digunakan. Sesuatu yang tidak diketahui jelas halalnya @

 ragu-ragu, maka produk itu perlulah ditinggalkan.

  

    Dalam berita harian Metro 28 Sept 2005 menyatakan " 95%

 industri halal dikuasai oleh usahawan bukan Islam.

 

   Kenapa  orang bukan Islam menguasai industri halal ? Adakah

 orang bukan Islam betul-betul faham maksud halal di sisi Islam ?

 Sama-sama kita fikir dan ambil TANGGUNGJAWAB kita, biarlah

 kita ada perinsip kita untuk menggunakan produk buatan orang

 Islam kecuali tiada pilihan lain.

 

   Rasulullah telah berpesan" yang haram itu jelas dan yang halal itu

 jelas, di antaranya ada yang meragukan samada haram atau halal

 (Syubhah), sesiapa yang mengambil yang syubhah bermakna ia

 mengambil yang haram.

 

  Ingatlah ! Jauhilah daripada yang haram kerana api neraka akan

 membakar dan menjilat darah daging kita yang terhasil daripada

 yang haram.

 

BAGAIMANA PROSES PENGILANGAN IMP? 

   

   Secara ringkasnya proses ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :

 

  1- Kilang dan pengusaha

 2- Pekerja

 3- Proses

 

   Sebuah kilang mestilah set upnya mementingkan kebersihan

 seperti yang dituntut oleh Islam contohnya WHO mestilah

 mencapai HACCP atau CE bagi Eropah atau Halal bagi JAKIM atau

 GMP (BPFK).

 Mementingkan kebersihan yang tinggi sangat dititikberatkan

 supaya produk yang dihasilkan tidak berlaku kontaminasi dengan

 bakteria.

 

 Pekerjanya mestilah Muslim lagi Mukmin. Memiliki pekerja yang

 hanya seorang Melayu tetapi tidak Muslim lagi Mukmin akan

 mencemarkan proses IMP, maka kelas pengajian dan tarbiah

 hendaklah berjalan seiring dengan pengilangan

 

 Kilang IMP bukan sahaja menjaga kualiti produk dari sudut HALAL

 (HALAALAN) bahkan juga BAIK-BAIK (TOYYIBA) maknanya ia

 memberi kesan kepada jiwa penggunanya. Niat pengusaha kilang

 juga perlu dinilai, apakah semata-mata untuk dunia atau untuk

 akhirat ? Perniagaan juga ibadat dan seharusnya niat juga dijaga.

 

                 PENGUSAHA

 

 -  Pengusaha yang ingin melibatkan diri dalam pembuatan produk

     berasaskan HALALAN TOYYIBA mestilah

 

   

a) Mengetahui persoalan hukum pembuatan produk.

b) Mempunyai ilmu-ilmu yang berhubung dengan persoalan keagamaan.

c) Membekalkan produk mengikut piawaian syarak.

d) Menyedari bahawa penghasilan produk akan menjadi darah daging dan

    akan dituntut di akhirat kelak.

e) Niat untuk menyediakan produk yang halal lagi baik kepada pengguna

    Muslim semata-mata untuk mencari keredhaan Allah.

f) Sumber kewangan yang digunakan untuk perniagaan, tidak

    bersumberkan RIBA.

 

 

                  PEKERJA

 

a) Operator mestilah Islam dan beriman kepada Allah (menutup aurat).

 

b) Mengetahui dengan sungguh-sungguh hukum Toharah yang berhubung

    dengan dirinya dan kesucian bahan-bahan peralatan dan bahan mentah.

 

c) Mengetahui tentang air mutlak dan air musta'mal.

 

d) Kemampuan membaca Al-Quran kerana banyak doa-doa dan bacaan-

    bacaan yang perlu dibaca masa proses pengilangan.

 

e) Sentiasa ada air wuduk.

 

f) Mesti dimulakan dengan BASMALLAH (BISMILLAH) dan doa-doa

    khusus.

 

g) Tidak bercampur di antara lelaki dan perempuan.

 

h) Perempuan yang haid dipindahkan sementara waktu ke bahagian lain.

 

 

 

                 PROSES / BAHAN

 

 

  a) Susunan dalam kilang mengikut syariat.

 

  b) Tidak ada muzik

 

  c) Ada Nur bacaan Al-Quran

 

  d) Ada kuliah kefahaman tentang IMP, GMP & HACCP (Eropah)

 

  e) Ada kuliah kefahaman agama pada keseluruhan

      pengurusan dan pekerja 3 kali  seminggu.

 

  f) Sumber bahan-bahan mentah hendaklah yang

      halal dan mendapat  pengesahan dari pihak

      berkuasa dan dari Unit Audit Syariah Dalaman.

  g) Peralatan  dan bahan mentah mestilah dibersihkan mengikut

      piawaian syariah.

 

  Contohnya:

   bersih lagi suci iaitu menggunakan air mutlak.

  

 

 

   ADAKAH PENGILANGAN IMP MENGIKUT

   HUKUM  SYARAK  ?

 

  

  PERLU DIJELASKAN DI SINI, MANA-MANA PRODUK IMP, PROSES

  PENGILANGAN MESTILAH MENGAMBIL KIRA SEMUA ASPEK

  SYARAK  IAITU...

 

a- Proses pencucian mestilah dengan kaedah air yang

    bersih dan mutlak.

 

b- Operator sentiasa berwuduk dan mengetahui

    hukum thaharah (bersuci).

 

c- Setiap proses dimulakan dengan BASMALLAH

   (BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ) dan doa. 

 

d-Tiada iringan muzik kerana muzik boleh memberi

    kesan pada hasilan produk.

 

   

 

  

 

 

 

                    

 

 

 

 

 

   PRODUK-PRODUK IMPROHERBS..INSYAALLAH MUJARAB.

        

BEDAK PERMATA PUTERI Penawar Jerawat & Gatal RM16.00 seunit

   

PELEMBAP HIDUNG      untuk lembapkan hidung yang kering dan  penawar   resdung (RM15.00 seunit)      

   

        UBAT CEKAM        untuk rawat cekam   kuku,kaki dimakan air (RM6.00 seunit)

   

HAIR TONIC RABAN XTRA untuk mencantik dan menghitamkan rambut, atasi uban          (RM15.00 seunit)

   

KRIM KECANTIKAN          MUTIARA                    (RM18.00 seunit)           

AROMATIC MINERAL  untuk mencuci dan membersih muka dari minyak dan kotoran (RM16.00 seunit)